Khamis, 19 Mei 2016

UMRAHKU 2016 ~ PART 3

21/4/2016 ~ Day 4

Hari ke-4 ni takde aktiviti sgt. Just ke Masjid dan jalan-jalan kaki di sekitar hotel.

22/4/2016 ~ Day 5

Hari ke-5 pagi-pagi dh kena keluarkan luggage.  Last day di Madinah.  Lebih kurang 2-2.30 petang gerak ke Makkah.  Time ni dh siap-siap pakai ihram.  Ayu pakai jubah putih+telekung.  Perjalanan ke Makkah menaiki bas mengambil masa agak lama.  Hampir 9 jam jugaklh.  Mula-mula kami singgah di Masjid Bir-Ali dan miqat di sana. Kemudian perjalanan diteruskan..Kami singgah sebentar di Wadi Qudaid untuk makan/buang air/solat...Ramai yang sedia maklum tentang tahap kebersihan toilet di situ.  Nasib baik masa masuk toilet tu masih belum ramai, air ada.  Bila kali kedua masuk untuk ambil wuduk, air dh makin perlahan.  Jemaah semakin ramai yang sampai. Ada yang tergendala melepaskan hajat.  Harap-harap pihak yang berkaitan dapatlah memperbaiki kemudahan ini terutama toilet.  Toilet sangat sedikit...tak mampu menampung ribuan jemaah yang datang serentak.  Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Makkah.   Masuk je ke Tanah Haram..memang dh sgt excited..dari dalam bas dh nampak Zam Zam Tower. Tak sabar nk tengok Kaabah.  Sampai di Hotel, kami diberi masa lebih kurang 1 jam setengah untuk rehat.  Selepas tu kami terus mengerjakan ibadat umrah pertama kami.  Jam masa tu dalam pukul 12 tengah malam rasanya. Kami berjaya habiskan umrah kami sebelum subuh.  Pertama kali lihat Kaabah rasa sebak sangat. Walaupun dh tengah malam/awal pagi, orang tetap ramai.  Seronok tengok orang berpusu-pusu ke Masjidil Haram untuk beribadat. Memang jauh sgt beza dengan tempat kita.

23/4/2016 ~ Day 6

Hari ni belum ada aktiviti luar lagi..Cuma jalan-jalan di sekitar Masjidil Haram.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan