Khamis, 26 Mei 2016

UMRAHKU 2016 ~ PART 4

24/4/2016 ~ Day 7

Hari ni ada ziarah luar.  Lokasi ziarah pertama adalah Jabal Thur.  Kat sini sekejap je dalam 30 minit.


Lokasi seterusnya ialah Jabal Rahmah.  Kat sini pun tak lama sgt.  Tak naik pun sebab ramai sgt org. 

Yang pegang bendera tu lah mutawif kami, Ustaz Akmal

Sebahagian jemaah dalam group SV18 

Selepas tu kami dibawa melihat kawasan2 untuk musim Haji iaitu Padang Arafah, Mina dll.  Tengok dalam bas je.  Lepas tu kami dibawa bermiqat di Jaranah. Selesai umrah ke-2 kami.

25/7/2016 ~ Day 8

Hari ni pagi2 kami dibawa bermiqat di Tan'im  yang dibimbing oleh Mutawif. Alhamdulillah selesai umrah ke-3.  


26/4/2016 ~ Day 9

Hari ni kami dibawa melawat ke Muzium.  

Ni gambar dalam muzium

Ni gambar kt luar muzium

Selepas tu kami dibawa melawat ke Masjid Hudaibiyah.  

Ni je bekas tinggalan tapak Masjid Hudaibiyah

Dalam bas kami lalu di kawasan ladang unta.  Tak dapat nk tengok dekat2..sekarang jemaah Malaysia dilarang dekat dengan unta sebab unta ada virus yang boleh berjangkit.  


Selepas tu balik hotel...


27/4/2016 ~ Day 10

Hari ni dah takde aktiviti luar.  Lepas sarapan jalan2 sekitar hotel je.  



Makkah Hilton


28/4/2016 ~ Day 11

Hari ni last kat Makkah..9.30pg kami buat Tawaf Wida'.  Nasib kami hari tu kurang baik, sebab jalan turun untuk tawaf di Kaabah ditutup untuk construction.  Kami tawaf dalam bangunan je.  Kalau tawaf kt bawah dalam 40 minit dh boleh habis tp tawaf dalam bangunan ambil masa lebih 1jam setengah gak lah.. Nasib baik dpt hbskan sebelum solat Zohor.  Bas nk bertolak ke Jeddah jam 2.00 ptg.  

Sebelum ke Airport Jeddah, kami dibawa ke Masjid Terapung Laut Merah.  Kat situ je sampai lepas Maghrib..baru bertolak ke airport.

Masjid Terapung

Airport Jeddah

Flight kami jam 2.10 pg, memang berjam2 lak duduk kt airport tu.  



29/4/2016 ~ Day 12

Kami tiba di KLIA jam 4.30 ptg.  Berakhirlah sudah perjalanan kami menjalankan ibadat umrah. Bak kata Ustaz Akmal, Jalan2 Cari Iman..Rasa sayu  je tinggalkan bumi Makkah & Madinah.  Memang rasa tak puas. In Sha Allah, nk pergi lagi. Sama-samalh kita berdoa agar dijemput lagi kesana.  












Tiada ulasan:

Catat Ulasan