Khamis, 12 Mei 2016

UMRAHKU 2016 ~ PART 2

19/4/2016 ~ Day 2: Madinah



Masih lagi teruja tengok payung ni.  Cantik sangat kn....
Ni hari kedua..Subuh kt sini awal.  Sejam awal dh p masjid.  First time masuk Masjid Nabawi rasa terharu sgt2..Ramainya org...nk masuk masjid bersesak-sesak.  Nak cari tempat kosong sgt susah..akhirnya dptlh juga walaupun kena berhimpit sikit.  Keluar je masjid ada terdapat peniaga2 jalanan. Banyak yg jual jubah lelaki, shawl, tasbih dll.  Time ni tak sempat nk tengok2..ada masa lg..

Kami ke Raudhah pg ni jugak..  Teruja sgt2..tak sabar nk jumpa Rasulullah..Seperti yang telah Ayu maklum, nk p Raudhah ni memang sgt mencabar.  3 jam jugaklh menunggu turn masuk dlm tu.  Time ni tak ambil gambar langsung. Dalam fikiran tak sabar nk masuk Raudhah..zikir byk2..dh dpt masuk Raudhah..nk cari space utk solat lg mencabar. Nasib baiklh group yg last sekali masuk..so takdelh org tolak2 dari belakang.  Syukur sgt2 dpt solat dlm tu.



20/4/2016 ~ Day 3




Hari ketiga ni ada aktiviti luar.  Awal-awal pagi dh kena berkumpul kt lobi. Oh ye, group kami dipanggil SV18 (Bas 1). Mutawwif kami Ustaz Akmal.  Muda lg orangnya..Tempat pertama yg kami pergi ialah Masjid Quba. Masa kt hotel, ustaz dh pesan ambil wuduk siap2..sebab pahala sembahyang kt masjid ni sama dgn pahala 1 umrah. Masjid Quba ada disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah At-Taubah 108:

"Sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu (Hai Muhammad) bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri..." (At-Taubah: 108)

Ada riwayat mengatakan Rasulullah selalu datang solat disini setiap hari Sabtu. Dan Nabi SAW berkata siapa yang solat didalamnya akan mendapat pahala 1 umrah.

Perjalanan kami seterusnya ke Ladang Kurma.  Memang seronok kt sini. Macam2 jenis kurma ada jual. Paling sedap kurma Ajwa & kurma Maryam.


Selepas tu kami ke Bukit Uhud.  Kt Bukit Uhud ni ramai peniaga jalanan.  Kt sini Ayu beli inai serbuk & buah zuriat (sebungkus 5 riyal je).



Kt bukit Uhud ni sekejap je. Lepas tu ke Pasar Kurma. Kat sini beli kurma & kacang2 sikit.  

Bersambung.....









Tiada ulasan:

Catat Ulasan