Selasa, 31 Mei 2016

PERCUTIAN SINGKAT DI BANDUNG PART 2

Hari ni masuk hari ke-3.  Pagi2 si Rahmat dh sampai.  Perjalanan pagi ni jauh sikit dari Pekan Bandung.  Lokasi pertama kami ialah Grafika Cikole.  Bayaran masuk 35k untuk 2 org..Tiket masuk ni utk redeem makanan kt dlm.. Kami ber6 dptlh redeem 3 makanan beserta air.  Kami ambil pisang keju & tauhu pedas.  Air teh o.  Sedap sgt pisang & tauhu tu..portion pun byk... Kt sini sebenarnya kawasan camping.  Banyak aktiviti boleh buat kat sini.  Kawasan kaki bukit..sejuk je..

Yg kanan sekali tu lh supir kami..Rahmat



Cantik kan view kt sini..

Dah puas berposing kt sini..kami ke Floating Market pulak..




Kat sini pun tak lama..lepas tu kami ke Farmhouse.  Masuk 20k je. Jangan buang tiket..sebab boleh tukar dgn susu segar...atau sosej..Layan gambar je lah..hehe..







Rumah Hobbit..beratur nk amik gambar..tak dpt nk amik full
Dah puas bergambar kami bertolak balik hotel utk solat..Kemudian kami ke Pasar Baru balik.  Kat sini pun sekejap je..dptlh beli T-shirt Bandung..Kami makan di Ayam Penyet Surabaya ptg tu.  Pedas giler lh sambal dia..betul2 kaw..sedap tp pedas...Ni menunya..tak byk menu pun..siap ada delivery lg..


Lps mkn p Kartika Sari cari brownies..lepas tu p Rumah Mode utk sesi habiskan rupiah..hehe..Beli baju utk anak buah kat sini.  Tak ambil gambar pun kt Rumah Mode ni.  Sampai2 je dh gelap.. Org ramai kat sini.  Harga byk yg mahal dr murah..dh diskaun lebih kurang harga kt Jusco je.

Balik hotel...sesi mengemas beg..tdo lewat sikit mlm ni.  Esoknya kol 4 lebih dh kena bangun.  Flight kol 8.20 pg.  Rasa tak puas sgt...kejap je dh blk..In Sha Allah ada rezeki, nk p lg..tggu Air Asia buat promo lg....




Tamat cerita Bandung..










Ahad, 29 Mei 2016

PERCUTIAN SINGKAT DI BANDUNG

16/5 - 19/5

Baru 2 mggu balik dari mengerjakan umrah dah p bercuti ke Bandung lak.  Tiket beli dari tahun lps lg.  Tiap kali p bercuti mesti teruja lebih..hehe..Kali ni pergi sekejap je. 4D3N. Nampak je mcm lama..singkat sebenarnya. Flight pergi dah lh lewat ptg, balik pulak awal pg. Kesimpulannya ada 2 je penuh.  Kan ke singkat tu. Tiket murah Air Asia macam tu lah...nk jimat punya pasal..hehe.. P Bandung ni ber 6. Mula2 rancang 9 org. Dah beli tiket dah semua siap add on luggage lagi.  Last2 tinggal 6 org je yg confirm pergi.

Untuk lebih jimat memandangkan tiket ERL dh mahal..kami naik SKYBUS je ke KLIA2.

Di Bandung kami menginap di Hotel Grand Sovia.  Hotel ni tak besar sgt tp cantik. Lokasi pun ok. Hotel ni betul2 seberang dgn Stesen Keretapi Bandung. Harga pun tak mahal sgt..sarapan sedap. Kt atas hotel ni ada swimming pool tp tak sempat p tengok pun. Oh ye, Hotel ni ada bg free airport transfer tau. So, dh free kan..kami guna je lah kemudahan ni. Tapi kena call awal2 tau maklum kt hotel.


Malam tu kami makan kt Kampiun Bistro.  Makanan sedap2..harga standard KL lah. Tp portion byk.


Hari kedua pg2 lg kami dh ready utk shopping...hehe..dlm pukul 8pg, supir dh tunggu.  Kami guna Rahmat dari Maostraveltours.  No dia +62 821 2195 0335. Boleh tengok kt Fb dia Rahmat Sugiarto.  Harga yg ditawarkan pun berpatutan. 2hari penuh + htr ke airport (nk balik guna 2 van sebab xmuat) lebih kurang 1juta...

Selfie dulu sblm p shopping
Tempat pertama si Rahmat ni bawak ke Kedai kain sulam.  Kat cni sekejap je sambil menunggu Pasar Baru buka. Untuk makluman semua, Pasar Baru buka jam 9 pagi..tutup 5 ptg.  Dah sampai Pasar Baru terus p cari kedai lace..P kedai Cosmos.  Tak tengok dah lace biasa2..terus p ke bahagian Prada lace...Harga beza ikut quality/made in.  Ayu pilih yg biasa2 je..harga dlm 250k semeter..beli 2 meter je.. Lps tu ada beli lace biasa harga dlm range 100k-200k semeter.  Kat kedai ni pun ambil tempahan baju..mula2 ingat nk tempah sini je tp harga macam mahal je.. Last2 tempah kt 1 kedai ni yang si Rahmat syorkan.  Harga dlm 425k rasanye..siap 1hari ++.  Kalau kt KL tak pastilah harga berapa kalau siap 1 hari ni..Jahitan pun ok.  Suami pun ada tempat suit kat kedai ni jugak.  Kain beli kt Cosmos..tempah kt cni dlm 700k++ rasanye.  Siap 1 hari gak.  Tempah suit memang berbaloi-baloi lah.  2 bulan lps suami baru tempah suit kt Pertama Complex..harga sampai RM900.  Kat Bandung ni campur kain & tempah tak sampai RM400 pun.  Jahitan pun suami sgt puas hati.  Suka betul dia..kt semua org dia bercerita...hehe...

Ni lah kain yg Ayu beli..dh siap jd baju pun...
Lepas beli kain lace, round kejap kt bawah..Mak mertua nk beli telekung..Lepas tu sambil pusing2 cari blouse..dptlh 2 helai..blouse labuh..simple..harga 85K setiap satu.  Kalau ikutkan byk lg kedai nk round..tp masa suntuk..dh pukul 2 lebih..perut dh lapar..  Kami mkn di Kedai Jimbaran.
Ntahlah..tak ingat nama kedai ni.  Hehe..Harga boleh tahan gak lh..Tapi still mahal drpd KL.


Lps mkn singgah hotel utk solat.  Lepas tu sampung balik ke Factory Outlet,.  Sempat pergi 2 je..cuaca tak mengizinkan..hujan lebat..Lepas tu singgah ke D'Fashion sebab Ayu nk beli boarder lace.. Kat sini sekejap sgt..tak puas nk belek2..tengok harga lace kt sini mcm lebih murah dari kedai Cosmos tu. Pilihan pun lg byk..Ayu beli 2 jenis boarder lace..beli semeter setiap satu.  Harga pun murah..1 tu 85K, 1 lg 65K.  Boarder lace kt sini belum potong lg..kalau kt KL, Ayu selalu beli kt kedai Bunga Reben jalan TAR..kat situ dh siap potong ikut layer..semeter je dh RM30..tu jenis biasa je tu..takde manik sgt pun.. Lepas ni kalau datang Bandung lg, bolehlah berlama2 kt D'Fashion ni.

Kat sini cepat siang..malam pun cepat..mcm kt Sabah.  Lepas D'Fashion kami ke Kedai Kain Sulam.. Rumah org sebenarnya.. pilihan pun byk..cantik2 coraknya..kt sini pun ada jual telekung...telekung ala2 Siti Khadijah kat sini lg murah dari Pasar Baru..dlm 200K rasanya..Ayu tak beli pun..sebab kt rumah dh ada 2 pasang telekung Siti Khadijah tu yg guna masa p umrah hari tu. Ayu beli kain sulam 3pasang kat sini..Lepas tu kami pergi makan...makan kt Pak Chi Met..makan kt sini over bajet..hahaha..sebab terlebih order..dh kenyang balik hotel....zzzzz....

bersambung...






Khamis, 26 Mei 2016

UMRAHKU 2016 ~ PART 4

24/4/2016 ~ Day 7

Hari ni ada ziarah luar.  Lokasi ziarah pertama adalah Jabal Thur.  Kat sini sekejap je dalam 30 minit.


Lokasi seterusnya ialah Jabal Rahmah.  Kat sini pun tak lama sgt.  Tak naik pun sebab ramai sgt org. 

Yang pegang bendera tu lah mutawif kami, Ustaz Akmal

Sebahagian jemaah dalam group SV18 

Selepas tu kami dibawa melihat kawasan2 untuk musim Haji iaitu Padang Arafah, Mina dll.  Tengok dalam bas je.  Lepas tu kami dibawa bermiqat di Jaranah. Selesai umrah ke-2 kami.

25/7/2016 ~ Day 8

Hari ni pagi2 kami dibawa bermiqat di Tan'im  yang dibimbing oleh Mutawif. Alhamdulillah selesai umrah ke-3.  


26/4/2016 ~ Day 9

Hari ni kami dibawa melawat ke Muzium.  

Ni gambar dalam muzium

Ni gambar kt luar muzium

Selepas tu kami dibawa melawat ke Masjid Hudaibiyah.  

Ni je bekas tinggalan tapak Masjid Hudaibiyah

Dalam bas kami lalu di kawasan ladang unta.  Tak dapat nk tengok dekat2..sekarang jemaah Malaysia dilarang dekat dengan unta sebab unta ada virus yang boleh berjangkit.  


Selepas tu balik hotel...


27/4/2016 ~ Day 10

Hari ni dah takde aktiviti luar.  Lepas sarapan jalan2 sekitar hotel je.  



Makkah Hilton


28/4/2016 ~ Day 11

Hari ni last kat Makkah..9.30pg kami buat Tawaf Wida'.  Nasib kami hari tu kurang baik, sebab jalan turun untuk tawaf di Kaabah ditutup untuk construction.  Kami tawaf dalam bangunan je.  Kalau tawaf kt bawah dalam 40 minit dh boleh habis tp tawaf dalam bangunan ambil masa lebih 1jam setengah gak lah.. Nasib baik dpt hbskan sebelum solat Zohor.  Bas nk bertolak ke Jeddah jam 2.00 ptg.  

Sebelum ke Airport Jeddah, kami dibawa ke Masjid Terapung Laut Merah.  Kat situ je sampai lepas Maghrib..baru bertolak ke airport.

Masjid Terapung

Airport Jeddah

Flight kami jam 2.10 pg, memang berjam2 lak duduk kt airport tu.  



29/4/2016 ~ Day 12

Kami tiba di KLIA jam 4.30 ptg.  Berakhirlah sudah perjalanan kami menjalankan ibadat umrah. Bak kata Ustaz Akmal, Jalan2 Cari Iman..Rasa sayu  je tinggalkan bumi Makkah & Madinah.  Memang rasa tak puas. In Sha Allah, nk pergi lagi. Sama-samalh kita berdoa agar dijemput lagi kesana.  












Khamis, 19 Mei 2016

UMRAHKU 2016 ~ PART 3

21/4/2016 ~ Day 4

Hari ke-4 ni takde aktiviti sgt. Just ke Masjid dan jalan-jalan kaki di sekitar hotel.

22/4/2016 ~ Day 5

Hari ke-5 pagi-pagi dh kena keluarkan luggage.  Last day di Madinah.  Lebih kurang 2-2.30 petang gerak ke Makkah.  Time ni dh siap-siap pakai ihram.  Ayu pakai jubah putih+telekung.  Perjalanan ke Makkah menaiki bas mengambil masa agak lama.  Hampir 9 jam jugaklh.  Mula-mula kami singgah di Masjid Bir-Ali dan miqat di sana. Kemudian perjalanan diteruskan..Kami singgah sebentar di Wadi Qudaid untuk makan/buang air/solat...Ramai yang sedia maklum tentang tahap kebersihan toilet di situ.  Nasib baik masa masuk toilet tu masih belum ramai, air ada.  Bila kali kedua masuk untuk ambil wuduk, air dh makin perlahan.  Jemaah semakin ramai yang sampai. Ada yang tergendala melepaskan hajat.  Harap-harap pihak yang berkaitan dapatlah memperbaiki kemudahan ini terutama toilet.  Toilet sangat sedikit...tak mampu menampung ribuan jemaah yang datang serentak.  Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Makkah.   Masuk je ke Tanah Haram..memang dh sgt excited..dari dalam bas dh nampak Zam Zam Tower. Tak sabar nk tengok Kaabah.  Sampai di Hotel, kami diberi masa lebih kurang 1 jam setengah untuk rehat.  Selepas tu kami terus mengerjakan ibadat umrah pertama kami.  Jam masa tu dalam pukul 12 tengah malam rasanya. Kami berjaya habiskan umrah kami sebelum subuh.  Pertama kali lihat Kaabah rasa sebak sangat. Walaupun dh tengah malam/awal pagi, orang tetap ramai.  Seronok tengok orang berpusu-pusu ke Masjidil Haram untuk beribadat. Memang jauh sgt beza dengan tempat kita.

23/4/2016 ~ Day 6

Hari ni belum ada aktiviti luar lagi..Cuma jalan-jalan di sekitar Masjidil Haram.





Khamis, 12 Mei 2016

UMRAHKU 2016 ~ PART 2

19/4/2016 ~ Day 2: Madinah



Masih lagi teruja tengok payung ni.  Cantik sangat kn....
Ni hari kedua..Subuh kt sini awal.  Sejam awal dh p masjid.  First time masuk Masjid Nabawi rasa terharu sgt2..Ramainya org...nk masuk masjid bersesak-sesak.  Nak cari tempat kosong sgt susah..akhirnya dptlh juga walaupun kena berhimpit sikit.  Keluar je masjid ada terdapat peniaga2 jalanan. Banyak yg jual jubah lelaki, shawl, tasbih dll.  Time ni tak sempat nk tengok2..ada masa lg..

Kami ke Raudhah pg ni jugak..  Teruja sgt2..tak sabar nk jumpa Rasulullah..Seperti yang telah Ayu maklum, nk p Raudhah ni memang sgt mencabar.  3 jam jugaklh menunggu turn masuk dlm tu.  Time ni tak ambil gambar langsung. Dalam fikiran tak sabar nk masuk Raudhah..zikir byk2..dh dpt masuk Raudhah..nk cari space utk solat lg mencabar. Nasib baiklh group yg last sekali masuk..so takdelh org tolak2 dari belakang.  Syukur sgt2 dpt solat dlm tu.



20/4/2016 ~ Day 3




Hari ketiga ni ada aktiviti luar.  Awal-awal pagi dh kena berkumpul kt lobi. Oh ye, group kami dipanggil SV18 (Bas 1). Mutawwif kami Ustaz Akmal.  Muda lg orangnya..Tempat pertama yg kami pergi ialah Masjid Quba. Masa kt hotel, ustaz dh pesan ambil wuduk siap2..sebab pahala sembahyang kt masjid ni sama dgn pahala 1 umrah. Masjid Quba ada disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah At-Taubah 108:

"Sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu (Hai Muhammad) bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri..." (At-Taubah: 108)

Ada riwayat mengatakan Rasulullah selalu datang solat disini setiap hari Sabtu. Dan Nabi SAW berkata siapa yang solat didalamnya akan mendapat pahala 1 umrah.

Perjalanan kami seterusnya ke Ladang Kurma.  Memang seronok kt sini. Macam2 jenis kurma ada jual. Paling sedap kurma Ajwa & kurma Maryam.


Selepas tu kami ke Bukit Uhud.  Kt Bukit Uhud ni ramai peniaga jalanan.  Kt sini Ayu beli inai serbuk & buah zuriat (sebungkus 5 riyal je).



Kt bukit Uhud ni sekejap je. Lepas tu ke Pasar Kurma. Kat sini beli kurma & kacang2 sikit.  

Bersambung.....









UMRAHKU 2016 ~ PART 1

18/4/2016 ~ Day 1: KL - MADINAH

Assalamualaikum..

Ni masuk kali kedua buat blog.  Blog yg lama dh tak ingat apa.  So, post pertama dalam blog ni Ayu nk kongsikan pengalaman paling indah semasa mengerjakan umrah baru-baru ni.

Ayu mengerjakan umrah bersama suami & keluarga mertua.  Kami bertolak dari KLIA jam 2 ptg.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 11 jam.  Sebelum sampai Madinah ada transit kejap kt Riyadh (sejam gak lah). Kira-kira jam 7.45 mlm baru kami sampai. Nampak macam 5 jam 45 minit je kan tp sebenarnya jam kt sana lewat 5jam dari jam kita.  Dlm flight 3X makan.  Memang takkan laparlah.  Makanan dlm flight biasa2 je..tp mengenyangkan lah.  Oh ye, kami naik Saudi Airlines.  Flight besar, luas..sgt selesa..sgt sesuai utk perjalanan jauh.  


Sampai-sampai je Airport memang dh mengantuk giler walaupun dlm flight td dh tdo. Maklumlah walaupun jam kt sana baru nk 8 mlm tp kt tempat kita dh pukul 1 pg. Setel urusan kt Aiport lebih kurang sejam lebih kot.  Lepas tu kami naik bas ke Hotel.  Time ni dh teruja..teruja nk tengok Masjid Nabawi..nk tengok Raudhah..nk tengok payung masjid..

Sampai kt Hotel Mawaddah Al Waha, kami diberikan nasi bungkus setiap sorang.  Time tu perut dh kenyang..pk katil je.. Tp sayang lak dgn nasi tu...bukak2 tengok nasi arab..ala-ala chicken mandy. Tengok macam menarik..rasalh ckit...memang sedap sgt2...tp disebabkan dh kenyang..makan tak sampai separuh pun.  ratah ayam je..Sampai skrg mcm terbayang nasi tu..hehehe...

Hari pertama ni gambar tak banyak pun.

kt KLIA

Bersambung...